Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Tanpa mengendahkan persidangan yang sedang berlangsung di Riyadh, polis Saudi menyuraikan tunjuk perasaan rakyat dengan kekerasan.

Beberapa perkembangan terbaru kemelut politik Saudi beberapa hari lalu ialah:

-Serangan terhadap revolusioner di Awwamiya, Arab Saudi

Beberapa individu bertopeng lari ke arah balai polis pusat kota setelah melepaskan tembakan ke arah para revolusioner.

Individu bertopeng kelihatan di Timur Qatif, kota Awwamiya. Mereka ini dipercayai melarikan diri untuk berlindung. Gerakan Pemuda Merdeka Saudi memaklumkan, "Penembak telah memasuki balai polis dengan kereta yang mereka naiki."

Pergerakan ini bersama penduduk tempatan menganjurkan sebuah majlis yang diberi nama "Tribune Al-Nimr", yang diselang seli dengan ucapan, deklamasi syair dan nyanyian yang memuji revolusi Arab Saudi,

- Persidangan di Makkah menunjukkan kegagalan komplot menukar regim Syria

Pengurus surat khabar al-Wefaq berkata, "Persidangan OIC yang sedang berlangsung di Makkah yang diekspliotasi oleh penyokkongnya untuk menukar regim Syria secara kekerasan telah menemui kegagalan."

Mushib Na'imi berkata, "Beberapa negara-negara telah menukarkan isu perbalahan di Syria sebagai bahaya peringkat global, namun hingga kini prestasi untuk mencapai matlamat keji itu berhadapan dengan kekalahan."

Beliau menambah, "Jalan perbalahan ini menegaskan kekalahan total regim-regim Arab. Regim-regim."

Na'imi berkata, "Para peserta persidangan OIC di Makkah memaklumkan mereka akan membincangkan masalah Syria dan Myanmar. Mereka lupa semuanya tentang Bahrain dan isu yang ditunggu-tunggu ini tidak beharga sedikit pun."

- Hijab perempuan Saudi dikoyak

Dalam satu siri keganasan terbaru polis Saudi, keluarga tahanan diserang dan dipukul pada malam Lailatul Qadar. Wanita-wanita yang berkumpul untuk memprotes penahanan keluarga mereka turut diserang dan hijab mereka dikoyak.

Khalid bin Abdul Rahman al-Ghuraibi, salah seorang ahli keluarga tahanan di penjara al-Ha'ir berkata, "Mereka pergi ke penjara di malam Lailatul Qadar untuk bertemu dengan tahanan di penjara al-Ha'ir, mereka dipukul oleh polis sehingga ada hijab mereka dikoyak."

Portal "Watan" menyiarkan peristiwa ini dari laporan berita "Jazirah al-Arab" dengan mengatakan, "Keluarga tahanan menunggu pegawai penjara sejak dari pukul 10 pagi. Pengurus penjara meminta butiran nama dan nombor telefon daripada mereka supaya mereka bersurai.

"Setelah mereka berbuka puasa dan solat maghrib, pengawal penjara membawa video tahanan yang menunjukkan mereka tidak berminat menemui keluarga. Berdasarkan visual itu jelas menunjukkan terdapat suntingan video yang menutupi lebam dan kesan pukul. Namun sebahagian keluarga dapat mengecam perubahan tertentu pada fizikal tahanan di mana ada yang terlantar di atas katil putih. Pukul 12:30 malam, polis menyerang keluarga-keluarga ini dan memukul mereka tanpa belas kasihan. Setelah itu keluarga tahanan ini dibawa keluar dengan bas untuk dibebaskan."

- Komputer syarikat minyak Saudi tidak berfungsi

Syarikat minyak Saudi Aramco memaklumkan pada hari Rabu lalu bahawa sistem syarikatnya lumpuh. Syarikat ini menerangkan perkhidmatan mereka terhenti akibat serangan virus komputer. Tegas mereka lagi seluruh sistem komunikasi syarikat telah terputus.

Walau bagaimana pun Syarikat minyak terbesar ini mendakwa virus ini belum mampu mempengaruhi jaringan asal syarikat. Oleh itu mereka berusaha memperbaikinya secepat mungkin.

Setelah keluar pernyataan ini, berita serangan hacker ke atas syarikat tersebut tersebar luar.

- Tahanan Saudi diseksa

Salah seorang aktivis Arab Saudi disumbat ke dalam penjara buat kali kedua setelah mendedahkan penderitaan yang dialaminya akibat diseksa dan layanan buruk ketika dipenjarakan.

Jaringan hak asasi manusia Arab Saudi mengutuk penahanan semula Fahid Sa'ad al-'Atibi.

Berasaskan laporan Shabakah al-Arabi, polis Saudi menyerang rumah al-'Atibi pada malam Khamis. Beliau dipukul dan dipindahkan ke tempat yang tidak dimaklumkan.

Shabakah al-Arabi menegaskan, "Al-'Atibi menyebarkan beberapa perkara di dalam laman web sosial mengenai pelanggaran undang-undang dan perjanjian hak asasi manusia di penjara Saudi, penyeksaan dan layanan buruk kepada tahanan. Shabakah al-'Arabi menuntut pembebasan segera al-'Atibi  dan meminta seluruh aktivis hak asasi manusia di seluruh dunia bertindak segera mengecam aksi ganas regim Saudi ke atas penduduk awam di Arab Saudi.